SHAH ALAM: KDEB Waste Management (KDEBWM) mengesahkan kejadian tular di media sosial melibatkan pemandu lori kompaktor diserang individu tidak dikenali adalah pemandu kompaktor syarikat berkenaan.
Jabatan Media dan Perhubungan Awam KDEBWM dalam kenyataan memaklumkan, kejadian berlaku jam 9.30 pagi semasa operasi kutipan sisa pada 29 Oktober di Pekan Sungai Besar, Sabak Bernam.
Menurut kenyataan itu, hasil semakan mendapati kejadian berpunca daripada tindakan pemandu kompaktor KDEBWM membunyikan hon kepada individu terbabit agar mengalihkan kenderaan.
"Ini kerana kenderaan individu terbabit menghalang laluan lori kompaktor semasa menjalankan operasi kutipan sisa domestik di kawasan berkenaan," menurut kenyataan itu pada Selasa.
Bagaimanapun, menurut kenyataan, tindakan itu telah menimbulkan kemarahan individu terbabit yang kemudiannya dilaporkan menyerang pemandu kompaktor KDEBWM dengan sebatang kayu.
"Individu tersebut juga menyerang pemandu kompaktor KDEBWM dengan menggunakan besi kunci stereng kenderaan serta membuat ugutan bunuh.
Dalam pada itu, pihak KDEBWM menyerahkan insiden tersebut kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut.
KDEBWM turut menyeru orang ramai untuk memberikan kerjasama kepada KDEBWM terutamanya berkaitan dengan laluan kenderaan lori kompaktor agar operasi kutipan sisa berjalan lancar dan mengikut jadual.
Terdahulu, media melaporkan lelaki yang tular selepas memukul dan mencederakan seorang pemandu lori sampah di Sungai Besar di sini mempunyai empat rekod jenayah.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd Alias dilaporkan berkata, suspek berusia lewat 50-an itu terlibat dalam kes ugutan jenayah dan mencederakan orang.
Menurut beliau, suspek ditahan polis kira-kira jam 2 pagi di sebuah rumah di Pandan Perdana, Kuala Lumpur.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 31 2023
Tular satu video di Facebook memaparkan seorang lelaki memanjat sebuah lori sampah dan bertindak agresif menyerang pemandu tersebut.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
KDEBWM sahkan pemandu lori kompaktor syarikat itu diserang
KDEBWM mengesahkan kejadian tular di media sosial melibatkan pemandu lori kompaktor diserang individu tidak dikenali adalah pemandu kompaktor syarikat berkenaan.
Pembersihan pascabanjir di Taman Sri Muda dijangka selesai seminggu lagi - KDEBWM
Pengarah Urusannya Ramli Mohd Tahir berkata Taman Sri Muda menjadi tumpuan pihaknya memandangkan kawasan itu paling teruk terjejas, selain mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.
KDEBWM sasar selesai masalah sampah di Taman Sri Muda dalam seminggu
KDEBWM menjangkakan akan menyelesaikan masalah sampah pukal pasca banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25 dalam tempoh seminggu.
Banjir: Kerajaan Selangor sasar operasi pembersihan selesai Jumaat ini
Bagaimanapun, berkemungkinan operasi pembersihan akan mengalami kelewatan di beberapa kawasan kerana laluannya sukar untuk dimasuki kenderaan.